Have an account?
;
.


Katakutan Anak Anak...

Panduan hilangkan ketakutan pada kanak-kanak

PDFPrintE-mail

Thursday, 10 July 2008 08:33

KETAKUTAN suatu kelaziman dalam diri anak bahkan ia membantu individu melindungi dirinya daripada bahaya sekali gus memberi pengalaman baru. Bagi sesetengah kanak-kanak, rasa takut berlaku dalam hal tertentu seperti takut pada anjing, gelap atau bertemu orang asing. Menurut pakar psikologi, ketakutan anak juga kerap berpunca daripada sikap ibu bapa sendiri yang ada kalanya menakut-nakutkan si anak.

Apapun, rasa takut akan hilang dengan sendirinya seiring dengan perjalanan waktu. Sementara itu, ekspresi ketakutan berbeza-beza, biasanya menerusi tangisan, jeritan, bersembunyi atau tidak mahu lepas daripada ibu bapanya.

Berikut beberapa rasa takut yang sering dialami anak:

1. Takut berpisah. Anak cemas bila terpaksa berpisah dengan orang terdekat terutama ibunya, yang selama tiga tahun pertama menjadi orang paling dekat dengannya. Orang paling dekat tidak semestinya ibu kandung kerana ia mungkin pengasuh, saudara mara, nenek, ayah atau siapa saja yang rapat dengan anak itu. Si ibu mungkin rimas kerana si kecil akan mengekori ke mana saja, biarpun hanya ke dapur. Untuk mengatasinya, jelaskan pada si kecil tujuan si ibu berpisah dengannya misalnya untuk bekerja. Anak dalam usia begitu belum mengerti sepenuhnya oleh itu, gunakan bahasa paling mudah supaya anak kecil itu boleh faham.

2. Takut masuk sekolah. Bukan mudah melepaskan anak dalam lingkungan umur sedemikian yang terpaksa berdepan dengan lingkungan barunya. Untuk mengatasinya, ibu bapa atau pengasuh perlu menghantar anak ke sekolah biarpun payah kerana pendidikan suatu yang wajib. Guru pula harus bijak menarik perhatian muridnya.

3. Takut pada orang asing. Di awal usia, anak memang mahu 'melekat' dengan si ibu. Namun, rasa takut pada orang asing itu seharusnya beransur hilang apabila usianya bertambah kerana bukan semua orang asing ancaman bagi si kecil.

4. Takut pada doktor. Anak jadi takut pada doktor mungkin kerana pernah mengalami hal kurang menyenangkan seperti disuntik, malah ada juga ibu bapa yang sering mengancam, si anak akan disuntik doktor jika enggan makan. Untuk mengatasi rasa takut itu, izinkan anak membawa mainan kesayangannya ketika berjumpa doktor sehingga dia berasa selesa. Di rumah, biarkan anak bermain dengan patungnya sebagai 'doktor' untuk membiasakan dirinya bila berjumpa doktor.

5. Takut hantu. Akibat sering diancam dan diusik dengan 'hantu', ia boleh menyebabkan rasa seram sering menghantuinya apabila disebut mengenai hantu. Untuk mengatasinya, jauhkan anak daripada sering menonton cerita hantu.

6. Takut berenang. Anak kecil jarang berasa takut pada air kecuali jika dia pernah menempuh pengalaman nyaris tenggelam atau mungkin hidungnya banyak dimasuki air. Untuk mengatasinya, lakukan sesuatu untuk membiasakan dirinya seperti merendam kaki dalam air di kolam mainan sambil mengenakan pakaian renang.

7. Takut anjing. Anak sering terdengar salakan anjing yang garang sehingga mendorong rasa rakut terhadap binatang itu. Rasa takut pasti lebih meluap-luap jika melihat anjing menggigit mangsa. Untuk mengatasinya, usah terus-terusan bercerita pada si anak yang membuatkan dia marah atau geram pada haiwan terbabit. Keadaan itu membuatkan anak semakin takut dan akhirnya menjadi fobia. Jika anak takut waktu bertemu anjing, pegang tangannya untuk meyakinkan dirinya anda sentiasa melindunginya.

Sumber : Harian Metro